Thursday, May 19

......minggu peksa......

salam....beberapa hari nie sibuk sikit...sibuk ngan buku rekod dan juga rph. tapi hari ini relax sangat2...mungkin kerana budak2 peksa, jadi xpenat sgt.....bercerita ttg peksa...pengalaman baru iaitu perlu menanda jawapan pelajar. wah, mmg baru nie...xde pengalaman ag nie..tp perlu belajar. di harap aku xla skema sgt.....toing---toing....

tips menjawab peperiksaan.


eperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-
Sebelum Peperiksaan :
  • Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
  • Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti. 
  • Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
  • Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
  • Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
  • Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
  • Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


    sumber di ambil daripada : http://www.rakanmasjid.com

Wednesday, May 11

Bahasa Melayu VS Pendidikan Islam

salam...cerita lawak menanti anda...he3x...pengalaman minggu pertama begitu mengasyikkan, betapa gembiranya hati apabila diterima pelajar. Namun begitu, yang paling mencuit hati adalah...
kelas 1Amanah/1 Rajin, jam 2.05-3.15

pel. : Cikgu, kami nak panggil cikgu, 'cikgu @ ustazah?
Saya: nape kamu tanya?
Pel.: kejap cikgu ngaja Pendidikan Islam, Kejap cikgu ngaja Bahasa melayu.
Saya: sekarang kamu panggil saya apa?..cikgu @ ustazah?
Pel.: Cikgu..
Saya: Jadi panggil la "Cikgu" @ "Cikgu Atiqah".
pel.: baik, cikgu...

pelajar pun confius nk pggil cikgu atau ustazah...tp sy lebih suka mereka pgl saya Cikgu...he3x..walaupun majornya Pendidikan Islam...

Monday, May 9

HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


"Cikgu Atiqah"

Salam...entry kali nie sy nk share ttg perasaan pertama kali menjejak kaki ke sekolah...tp kali nie membawa title "Cikgu"...Mula2 nampak jew pagar sekolah, hati dah berdebar2..memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas turun dari kereta...nasib baik hari pertama adalah HAri Anugerah Cemerlang..jadi debaran hanya terasa apabila berjumpa dgn PK Pentadbiran. Kreadit to MR.Lim kerana memberi kerjasama yang baik.
tut tut ketika sibuk menlaporkan diri, disapa oleh kekawan pratikum. rupa-rupanya geng sendiri jgak yg pratikum di sini.. apa ag bergumbira la KAMI disini...( creadit to Ckgu Mohd Roslan, Cikgu Afif,Ustazah Muniroh,Ckgu Seha,dan Ckgu Sena). apa lagi KAMI disini menubuhkan satu geng yang baru..iaitu geng UPSI...hahahahaha
yang pasti ini merupakan pengalaman pertama aku sebagai cikgu..aku bernasib baik sbb mengajar tingkatan 1...mesti korang tertanya kan...macam mana ngan jadual waktu aku..nti aku uploadkan utk korang yew..sabar...:)

Thursday, May 5

alhamdulillah...

salam...alhamdulillah, bersyukur yang teramat sangat apabila hasil keje selama dua semester (bersamaan 8 bulan) membuahkan hasil yang positif. Malah hasil selama ini tidak mendapat kritikan yg begitu teruk daripada secaon reader (Kredit to Ustazah Husna yang menjadi second reader)...
entry kali ini ingin ditujukan khas kepada penyelia saya yang begitu memahami dan sabar dengan karenah2 saya sepanjang 8 bulan di bawah jagaannya. kredit to Ustazah Wahibah di atas kprihatinan dan kesabaran beliau selama ini.
ucapan terima kasih juga khas kepada SMA Taayah, Ipoh yang sudi memberi kerjasama yang gitu kepada saya dalam menghasilkan kajian kali ini. terima kasih juga kepada pelajar-pelajar SMA Taayah atas sikap yang terbuka menyambut kedatangan saya.
Tidak dilupakan juga kepada Ayahanda tercinta, yang sentiasa menyokong saya sama ada dari segi kewangan mahupun moral....kepada Ibunda tersayang, yang sentiasa mengirimkan doa untuk saya....adik beradik saya  yang sentiasa mendokong diri saya....dan akhir sekali..kepada Si Dia, yang sentiasa ada memberi kata-kata perangsang semasa kajian ini dilakukan...terima kasih semua...:)
dan akhirnya selama beberapa bulan kajian dilakukan...inilah HASILNYA...
proses "print" tesis yang telah diedit

proses "print"

alhamdulillah..ini lah hasilnya

dan akhirnya hantar di Pejabat Fakulti......

Sunday, May 1

berakhir sudah perjalanan hidupku di UPSI

salam...usai sudah segala penat lelah selama ini di bumi Tanjung Malim. Tugasan terakhir adalah menyiapkan tesis dan kemudian jilid. Hari Selasa baru leh amik...Yang pasti 8/5/2011 akan bermula buku baru dlm kamus hidup aku.
Berpisah dgn sahabat-sahabat aq yang lain sememangnya amat menyedihkan. hampir 3 thun setengah mengenali mereka adalah antara kenangan terindah bagi aku...

Entry kali ini dituju khas buat semua sahabat-sahabat aku....

Sukma Rahmawati Rahman....tq akk!!

Nur Izyan Nazihah Zainal

Intan Syazwani Shamsudin
Norazilah Wahab

Marlina Muharam

Nurul Ashikin Che Ahamad
Noor Fasiha Markhadi

p/s : Walaupun kita berada di mana..insyaallah kita akan terus menjadi kawan baik. Nama-nama kamu semua terpahat di dada ini. Kepada yang lain, anda juga kawan saya..lain kali sy create utk kawan2 yg lain plak erk...jangan sedey taw...cayang suma!!!...