Wednesday, July 4

perjalanan sepanjang tahun 2012 bermula dari bulan Jan hingga Jun

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Pagi Semua, lama sudah neq tidak meng'update' blog. Sejak memasuki dunia pendidikan dan bergelar ' Cikgu', banyak perkara yang perlu disiapkan.

Untuk pengetahuan semua pembaca, dunia neq adalah dunia pendidikan. Pada mulanya, neq bukanlah berminat ingin menjadi seorang guru, namun begitu rezeki Allah membawa neq memasuki dunia pendidikan.

Berikut adalah kronoligi kehidupan neq:-

Mei hingga Ogos 2011 - Praktikum di SMK Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah.
Sept 2011 hingga Jan 2012 - Bekerja di Sekolah Tahfiz ABADA as kerani Am.
Jan hingga Mei 2012 - Guru Interim di SMK Mahsuri, Langkawi, Kedah.
Mei hingga kini - Guru Penolong DG 41 di Sk Brumas, Tawau, Sabah.

Akhirnya kehidupanku kini di Bandar Tawau.

p/s : story berikutnya akan disambung di post seterusnya........


signture,

....neq tiqa....

Tuesday, October 18

utk atok!



p/s : Jangan ketawa taw...neq masih belajar ag...terlalu banyak kekurangan...:)

signture,
.......tqa.......

Saturday, September 24

Qaisara Raudhah

Assalammualaikum w.b.t....

Entry kali ini nak show 1st newborn baby in atok's family...amat teruja skali dengan kelahiran baby ini...Semoga anak kecil ini akan menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada keluarga saban hari nanti...
 p/s : tomeynyew pipi dia.....

signture,
.....tqa....

Thursday, September 22

hela nafas di bumi ALLAH

Bismillah....
Assalammualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi masih lagi dipinjamkan nafas serta udara utk terus bernyawa di muka bumi ini. Setiap hari tidak pernah terpisah daripada kematian malah tidak juga terpisah daripada kelahiran. Menyebut tentang kelahiran, entry kali ini aku ukirkan utk Atok Adib.

Imbas kembali detik cemas atok ketika SMS memberitahu kakaknya berada di Hospital untuk bersalin. Perasaan yang berbaur risau serta belah bahagi antara tuntutan sebagai seorang mahasiswa dan juga seorang adik dicampak keluar. Begitu resah sekali sehingga sukar untuk dirinya membuat sebarang keputusan. TERIMA KASIH atok kerana menjadikan SAYA tempat utk memikirkan keputusan yang logik dek akal.
"Macam mana nie? Nak balik sekarang kew nk balik lepas kelas?", sms yg aku terima daripadanya. Lantas aku membalas..."Balik la sekarang, kelas tue nti gtaw lec ada masalah keluarga, mesti dia faham". Akhirnya, beliau mengambil keputusan utk melawat kakaknya serta memberi sokongan padu.

Atok tahu kenapa saya beria-ia memberi cadangkan supaya atok melawat kakak ketika di ambang kelahiran anak sulungnya. Semuanya disebabkan cerita seorang kawan...

" Alhamdulillah, bayi seberat 2.8kg dapat diselamatkan". Rasa syukur apabila Yatimi mendengar tentang keadaan bayinya. "tapi dr., bagaimana dengan isteri saya?"..." maafkan kami, kami telah berusaha dengan sedaya upaya, isteri encik tidak dapat diselamatkan". betapa luluh hati Yatimi setelah diberitahu keadaan isterinya.
Inilah kejadian yang menimpa sahabat saya pada hujung tahun lepas. Usianya sama seperti kita berdua (23 tahun) tetapi sudah menjadi duda anak 1 malah yang menyedihkan, isterinya tidak sempat menatap anak mereka. That why, bila Atok bagitahu keadaan kakak, saya syorkan pergi untuk berjumpa kakak...

Bukan niat nak menyedihkan keadaan tetapi bersyukur kerana Kakak dan babynya dalam keadaaan selamat. Tahniah atok kerana dapat naik pangkat kepada uncle adib...hehehehehehehehe

Nak upload pic..tp malam nanti la yew....

p/s : kepada Puteri Ameena Aleesya (betul kew nama nie) selamat datang ke dunia Allah dan menjadi insan yang berguna kepada ibu dan ayah...
signture,
......tqa.....

Sunday, September 18

kerinduan hanya padaNya...

Bismillah...
Assalammualaikum w.b.t...dan salam 1 Malaysia...

Tatkala hujan turun membasahi bumi, aku bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja yang berlambak-lambak di atas meja. Tetiba aku terkesima...Kenapa DIA yang aku pilih?...Benarkah DIA adalah jodoh aku?...Kenapa DIA yang aku selalu rindu?...dan yang paling tak boleh diterima dek akal...kenapa DIA selalu membuat aku geram, marah, merajuk?....SIAPAKAH DIA SEBENARNYA?

Satu masa dahulu, aku hanyalah AJK biasa yang hanya menurut perintah agar menghubungi agensi yang sebenarnya ianya bukan tugas aku... Namun disebabkan rasa amanah yang diberikan oleh orang ATAS, aku menerimanya tugasan itu seadanya. Aku laksanakan sebagaimana yang diperintah lalu aku laporkan kepada ajk yang sepatutnya melakukan tugas itu. Namun aku tidak pernah mengenalinya dengan rapat malah tidak mengetahui siapakah gerangannya?....

Semua perbincangan hanya melalui telefon atau SMS sahaja. Pelik tapi benar...aku menolong orang yang tidak aku mengenalinya...hahaahahahahahaha...
Pertemuan di atur apabila mesyuarat semua AJK program bersama-sama pengarah program bagi mengetahui perkembangan terbaru atau mengesan masalah-masalah yang dihadapi. Perjalanan mesyuarat sampai di pertengahannya, barulah ajk yang aku menolongnya sampai...bermula dengan bertanya...Adib kew?..atiqah kew?...baru la aku dan si dia mengenali antara satu sama lain...

Pada mulanya, tidak pernah terlintas di benak fikiran bahawa beliau akan menjadi TEMAN ISTIMEWA aku...tetapi takdir telah menemukan kami...sentiasa berhubung pada dasarnya atas tujuan kerja. Apabila program yang dirancang sedang berlangsung...hubungan kami semakin akrab. Malah aku telah memberikan kepercayaan ke atas dirinya untuk menjaga diri ini.

Usai program, kami masih berhubung. Aku tidak pernah meletakkan apa-apa dalam hubungan kami. Bagi aku, cukup kami sekadar kawan..namun di atas keprihatinan beliau..aku tewas...
Hubungan kami berlangsung tanpa sesiapa memberitahu bahawa aku miliknya ataupun dia milikku...Namun begitu, aku dan dia memahami sendiri bahawa hati kami sama-sama suka...

Alhamdulillah..hubungan ini masih lagi dalam keadaan baik. Mohon kepadaNya, semog hubungan ini sentiasa baik dijaga dan sentiasa dalam rahmat yang Esa...

Kepada atok,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi Yang terbaik dari yang terbaik...
semoga ukhwah yang kita bina ini akan menjadi SAH suatu saat nati.....


p/s: Saya percayakan awak..n sy sentiasa mendoakan yang terbaik utk diri awak...

signture,
........tqa........

Monday, September 12

Aku sebagai Pembantu Am di Sekolah

Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.

Sudah agak lama aku menyepi diri daripada dunia penulisan blog ini. Almaklum la, tuntutan kerja serta masalah lain tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, hari ini dapat juga aku mencoret serba sedikit tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang kedatangan syawal. Rasanya, masih belum terlambat untuk aku menceritakan.

Tidak ada apa yang menarik tentang hidupku cuma bersyukur masih lagi dapat menyambut syawal bersama keluarga tercinta, sanak saudara serta sahabat handai. Setelah tamat tempoh pratikal, aku menjadi petani anggur yang kurang berjaya selama 1 seminggu lebih. Rasa bosan mula menyelibungi aku malah terasa seperti hari-hari yang dilalui penuh keboringan. Akal fkiran merawang-rawang mencari kerja yang sesuai sebelum menunggu surat hitam putih daripada UPSI. Konvo?..lambat lagi kotw...hu3x...

Ada beberapa tawara kerja daripada sanak saudaraku, antaranya:-
1) Menjadi babysitter @ bibik di umah sepupu Sg Buloh. ( tp aku xpandai jaga budak kecik, so aku xyakin dpt laksanakan dgn baik).
2) menjadi kerani di ofis Mak Sedara aku..( malangnya kena tgu bulan 10, baru leh mula keje sbb m.su aku bersalin \...hanya gantikan dia shj.
3) menjadi petani anggur selama mana aku blom dipanggil untuk berkhidmat....( inilah yang paling tidak suka sekali, dalam tmpoh beberapa bulan aku akan jadi seperti badak sumbu..hhuhuhuhu)
4) menjadi tukang masukkan ubat dlm kotak..mcam kerja kilang, jadi xberminat.
5) menjadi pembantu Am di Sekolah Pak Su aku....hah, yang nie menarik..sbb keje ofis...hehehehe....even gajinya xla banyak macam CIKGU..xbegitu ATOK ADIB...huhuhuhuhu...

jadi setelah ditimbang-timbang, dianalisis..maka aku bersetuju untuk menjadi pembantu Am di Institut Pendidikan Islam dan tahfiz al-quran (ABADA). Alhamdulillah, sudah 3 hari aku bekerja...malah pengalaman ini cukup berharga buat diri ku.....akan aku bekerja sehabis baik utk membantu pentadbiran ABADA berjalan dengan baik...Terima kasih atok, sentiasa memberi semangat dan sokongan...

Berakhirlah kisah aku utk entry kali ini...sekadar menghilangkan rasa bosan di ofis...

kepada Atok Adib,
sy menunggu pinangan daripada awak...walaupun masih terlalu jauh perjalanan kita..yang PENTING adalah habiskan STUDY dengan kepujian dekan. klu boleh, jadi ijazah DIRAJA taw...

signture,
.......tqa......

Sunday, August 28

Ramadhan melabuhkan tirai

assamualaikum wbt...

Tinggal lagi sehari berpuasa...begitu cepat masa berlalu sehingga dirasakan sebulan berpuasa sekejap sahaja. Hari ini merupakan hari terakhir berpuasa bagi tahun ini. Oleh itu, sempena syawal yang bakal menjelma...

                   " Sempena syawal yang mulia ini, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada kedua ibu bapaku,MANIS BT NORDIN dan IDRIS BIN MUHAMUD serta ummi, adik beradikku,abg ZIA,kak NADA,abg UDDIN,abg AKIF,adik SAHAL,adik FAIZ dan kakak ASMA', sahabat-sahabatku dan seterusnya kekasih hatiku MUHAMAD ADIB BIN AZNI" diatas kekhilafan dan kekurangan serta kesalahan yang telah aku lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja,mohon maaf aku pinta dengan ikhlas dari hati."

signature,
......tqa.....