Tuesday, July 26

tatapan khas untuk ATOK!!!!

Assalamualaikum wbt dan salam satu malaysia,

Entry kali ini, saya tujukan khas untuk tatapan Atok yang saya sayangi. Semoga hubungan yang kita bina berkekalan sehingga ke jinjang pelamin seterusnya berkekalan hingga ke akhir hayat.




p/s : Saya terima awak apa adanya awak...saya cuba utk jadi yang terbaik utk diri awk...sebab saya sayang awak....terima kasih atok atas perhatian selama ini....


signture,
.....tqa....

Monday, July 25

aku bakal menjadi "mak chik@aunty"

assalamualaikum wbt,

dan salam sejahtera...

Gembira rasa hati apabila dikhabarkan bakal menjadi mak chik. Hal ini kerana kakak aku telah sah mengandung 6 minggu. macam mana la muka anak buah aku nanti...Atok, anak buah panggil pak chik ker pak ngah?....




Sunday, July 24

Debaran Pratikal

Assalamualaikum WBT....dan Salam Sejahtera,

Syukur ke atas Ilahi, aku semakin berani membawa kereta di atas jalan raya. Tq kepada Pak Chik Fadhil kerana sudi menjadi cikgu yang terbaik untuk aku...Ini semua kerana, ketakutan yang melanda aku...akhirnya, ayah mengarah aku menjalani latihan memandu bersama Pak Chik Fadhil dengan bayaran RM25 Sejam. Selesai satu masalah dlm diri aku. Gara-gara ketakutan yang melanda,aku terpaksa menyusahkan orang lain. Rasa malu dan rendah diri menghambat diri ini. Pengajaran utk hari seterusnya. Sebenarnya, ini juga sokongan daripada Atok...yang sentiasa mengharapkan aku berani dan memandu kereta. Sudah berkali-kali dia memintanya, tapi aku xmampu untuk menunaikannya. Tetapi sekarang, insyaallah aku memberanikan diri dan mengagahi diri untuk berusaha dan membuat semua perasaan takut pada gergasi LORI dan sekutu dengannya...he3x..

Kembali kepada entry kali ini. Aku masih lagi dalam Latihan Mengajar atau Pratikal. dan sekarang sudah memasuki minggu ke 10. masih ada 4 minggu lagi sebelum aku mengakhiri pengajian. Kebetulan petang tadi (jam 6 ptg), Penyelia (Dr.Ibrahim) menghantar pesanan ringkas...."sila hantar jadual anda, saya akan ke sekolah anda di antara 24 -26 Julai". Ini bermakna esok la harinya...kelam kabut aku menyemak RPT..untuk melihat apa yang akan diajar esok..rupa-rupanya esk adalah kefahaman ayat al-Quran..dan tajuknya "Berpegang teguh dengan agama Allah". dan tajuk ini agak susah. susah bg aku utk menguasai berdasarkan ayat al-quran dan kandungannya. namun begitu, aku berupaya menyiapkan ABM dengan baik serta sokongan daripada ATOK dan K.Munirah yang diterima menaikkan semangat aku..terima kasih Atok n k.munirah.

Harapan aku, esok akan berjalan dengan lancar. Doa kepada Allah adalah kekuatan aku...

p/s : Saat ini terasa atok semakin jauh..hu3x..

signture,
...tqa...

Saturday, July 16

Kehebatan Nisfu Syaaban

Assalamualaikum WBT,

Sedar tak sedar, rupa-rupanya sudah memasuki bulan syaaban....tidak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma. Alhamdulillah, masih dipinjam nafas oleh Allah untuk melewati bulan ramadhan seterusnya syawal. Masa berlalu dengan pantas sekali, rasa bagaikan semalam baru menyambut syawal yang mulia. Tetapi sekarang masa semakin menghampiri ramadhan...(ayat yang berulang-ulang kan). Sebenarnya entry kali ini, saya akan menceritakan kelebihan bulan syaaban dan peristiwa disebaliknya agar menjadi panduan kepada kita, umat Islam.


Rejab sudah berlalu. Kini telah pertengahan Syaaban. Lambaian Ramadan 15 hari lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.
sumber:
http://www.iluvislam.com
p/s : Semoga menjadi panduan kepada kita sebagai umat Islam yang unggul.

signture,
.....tqa...

Friday, July 8

Impian Yang Sentiasa Diimpikan

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selesai sudah pertandingan Pidato, Sajak dan Syair tingkatan 1 sempena Penutupan Bulan Bahasa petang td. Perjuangan selepas ini adalah meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik. Entry kali ini, saya nak bercerita tentang impian saya yang diangan-angankan. Saya sendiri pun xpasti dengan impian adakah boleh tercapai...hehehehehe, tetapi inilah impian aku dalam tempoh 5 tahun akan datang...

1) Rumah yang selesa

rumah pertama dalam tempoh 10 tahun
2) Dapur yang selesa

dapur idaman
 ( saya suka masak tapi saya suka masak dalam keadaan yang selesa)

3) set bedroom yang menawan
untuk ATOK
( saya nak sesuatu yang nyaman dan fresh )

4) bila dah ada dapur yang cantik dan selesa...saya nak MASAK seperti:-

spageti
kek coklat
kuey teow goreng
 ( fav ATOK, nti nek masakkan utk atok yew)
5) kereta ( senang nak bergerak ke mana-mana)

kereta idaman..tapi agak mustahil utk memilikinya
p/s : Ini adalah impian untuk bersama dengan si DIA (atok). Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelami dan seterusnya ke akhir hayat. Impian untuk tempoh 3 tahun akan datang akan di ceritakan di entry yang lain.

signture,
...tqa....

Wednesday, July 6

Cikgu Atiqah

Assalamualaikum wbt,

Selamat malam semua....semoga berada dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah payung RahmatNya. Ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama anda.

Ceritanya bermula begini, sebenarnya aku sedikit putus ada, ada pelajar jenis pelajar yang harus ditangani, pelbagai ragam juga yang perlu di kawal. Ternyata hari ini aku gagal dalam kawalan kelas.

Hari ini aku di 'observe' oleh guru pembimbing. Jadi, aku tekad menggunakan ABM dengan sebaik mungkin. Namun aku gagal manfaatnya. Mungkin ada salah aku yang tidak aku perasan. Murid-murid pula sengaja menduga aku dengan sikap mereka. Tidak sedikit pun rasa menghormati orang luar.

Ya Allah, apakah dugaan yang perlu aku hadapi?....


signture,
.....tqa...

Sunday, July 3

gembira + sedih

Salam...betapa gumbirannya hari ini...bangun seawal jam 6 pagi, solat Subuh, bersiap ke sek ( sempena larian serentak, 1 sukan, 1 murid, 1 Malaysia). Tetiba hari ini nk story sikit tentang perjalanan hidup aku. Kenangan yang begitu berharga apabila terlibat dengan larian 1 Malaysia. Pelbagai gelagat guru dan pelajar dapat dilihat serta mencuit hati...sebagai tatapan anda semua, pembaca blog saya..ada beberapa keping gambar di bawah :-

selesai senam robik sebelum larian

guru vs murid

3 gadis pingitan

PBSM sentiasa membantu..adik-adik kecil ini pun memberi sokongan padu
Gambar-gambar ini hanya ketika berlangsungnya larian serentak...bercerita serba sedikit tentang larian. Perasmi Larian Serentak 1 Sukan 1 murid 1 Malaysia di kawasan ini adalah Pengawai PPD...4 sek.(SMK Bakar Arang, SMK Tunku Ismail, SK Bakar Arang, SK Tunku Ismail) berkumpul di SMK Tunku Ismail seawal jam 7 pagi..kemudian dimulaikan dengan senam robik perdana yang dikenalikan oleh SK Tunku Ismail...seterusnya acara larian dilepaskan oleh tetamu VIP ke sek masing-masing...jarak antara SMK Tunku Ismail dan SMK Bakar Arang dalam lingkungan 500 meter...semua pelajar dan guru terlibat dalam acara ini...hampir setengah jam berjalan kaki (bukan lari yew) barulah aku dan rombongan guru-guru lain sampai ke sekolah...(fuh betapa penatnya rasa).

Pengadil Bola Jaring

Selesai larian serentak, aku ditugaskan untuk menjadi pengadil Bola Jaring. Seingat aku, kali terakhir aku bermain bola jaring adalah 6 tahun lalu..ketika tingkatan 5..hu3x..betapa lamanya aku melupai zaman kegemilangan itu. Tapi untuk menjadi pengadil..ops aku terlupa segala peraturan permainan..kecoh jgak la dibuatnya...yang paling best adalah cikgu2 yg sentiasa sporting dan turut serta menjayakan perlawanan Bola Jaring ini...Tahniah buat team Guru!

Selepas semua event di sekolah selesai...sudah tiba masanya utk pulang berehat. Sekali aku cari kunci rumah, tak jumpa...Rupa-rupanya aku tertinggal dalam kereta Puan Qotrun Nada..hu3x..perlu redho iaitu menunggu kepulangan beliau dari Jitra..Jadi dengan peluang ini, member seangkatan aku mengajak aku ke CS (Centre Square). Pada awalnya kami merancang untuk main bowling, bila dah sampai sana...hu3x..rupa-rupanya ada event sedang berlangsung...
Jadi kami pun amik keputusan tengok tranformer..

p/s: Sekadar perkongsian....


signture,
...tqa...