Salam...betapa gumbirannya hari ini...bangun seawal jam 6 pagi, solat Subuh, bersiap ke sek ( sempena larian serentak, 1 sukan, 1 murid, 1 Malaysia). Tetiba hari ini nk story sikit tentang perjalanan hidup aku. Kenangan yang begitu berharga apabila terlibat dengan larian 1 Malaysia. Pelbagai gelagat guru dan pelajar dapat dilihat serta mencuit hati...sebagai tatapan anda semua, pembaca blog saya..ada beberapa keping gambar di bawah :-
 |
| selesai senam robik sebelum larian |
 |
| guru vs murid |
 |
| 3 gadis pingitan |
 |
| PBSM sentiasa membantu..adik-adik kecil ini pun memberi sokongan padu |
Gambar-gambar ini hanya ketika berlangsungnya larian serentak...bercerita serba sedikit tentang larian. Perasmi Larian Serentak 1 Sukan 1 murid 1 Malaysia di kawasan ini adalah Pengawai PPD...4 sek.(SMK Bakar Arang, SMK Tunku Ismail, SK Bakar Arang, SK Tunku Ismail) berkumpul di SMK Tunku Ismail seawal jam 7 pagi..kemudian dimulaikan dengan senam robik perdana yang dikenalikan oleh SK Tunku Ismail...seterusnya acara larian dilepaskan oleh tetamu VIP ke sek masing-masing...jarak antara SMK Tunku Ismail dan SMK Bakar Arang dalam lingkungan 500 meter...semua pelajar dan guru terlibat dalam acara ini...hampir setengah jam berjalan kaki (bukan lari yew) barulah aku dan rombongan guru-guru lain sampai ke sekolah...(fuh betapa penatnya rasa).
Pengadil Bola Jaring
Selesai larian serentak, aku ditugaskan untuk menjadi pengadil Bola Jaring. Seingat aku, kali terakhir aku bermain bola jaring adalah 6 tahun lalu..ketika tingkatan 5..hu3x..betapa lamanya aku melupai zaman kegemilangan itu. Tapi untuk menjadi pengadil..ops aku terlupa segala peraturan permainan..kecoh jgak la dibuatnya...yang paling best adalah cikgu2 yg sentiasa sporting dan turut serta menjayakan perlawanan Bola Jaring ini...Tahniah buat team Guru!
Selepas semua event di sekolah selesai...sudah tiba masanya utk pulang berehat. Sekali aku cari kunci rumah, tak jumpa...Rupa-rupanya aku tertinggal dalam kereta Puan Qotrun Nada..hu3x..perlu redho iaitu menunggu kepulangan beliau dari Jitra..Jadi dengan peluang ini, member seangkatan aku mengajak aku ke CS (Centre Square). Pada awalnya kami merancang untuk main bowling, bila dah sampai sana...hu3x..rupa-rupanya ada event sedang berlangsung...
Jadi kami pun amik keputusan tengok tranformer..
p/s: Sekadar perkongsian....
signture,
...tqa...
0 comments:
Post a Comment