Salam dan Selamat Sejahtera Cikgu....
Inilah ungkapan yang sering aku dengar semenjak menjadi seorang guru. Banyak pengalaman berharga yang aku kutip ketika ini. Yang paling penting adalah kenangan bersama murid-murid yang disayangi sekalian. Walaupun saban hari aku perlu bersabar dengan karenah anak-anak muridku sekalian, namun hati ini tetap juga dengan niat murni iaitu memberi didikan yang sempurna kepada mereka.
Teringat ketika zaman aku bersekolah dahulu. Aku adalah seorang murid yang cukup nakal walaupun seorang perempuan. Hidup di asrama menambahkan lagi kenakalanku. Malah aku mempunyai Geng aku tersendiri. Walaupun tiada gelaran untuk geng aku, namun kami sentiasa mencari jalan untuk ponteng kelas. Imbas kembali kenakalanku....aku pernah "fly" hostel, ponteng kelas (menyorok didalam almari, menjadi penghuni tandas paling lama), memanjat pokok mempelam ketika waktu rehat.
Nasihat guru sekadar persinggahan di cuping telinga aku sahaja, malah pernah juga aku didenda oleh pengetua. Antara dendanya yang paling tersimpan di memori aku adalah terpaksa makan "akar serungtong" yang baru diambil dari pokoknya...fuhhhh, Pahit gila...sampai muntah-muntah aku dibuatkan. Akar serungtong itu sepanjang 2' inci yang perlu dihabiskan dalam masa 5 minit. Jika tidak, akan ditambah 2'inci lagi bagi setiap minit berikutnya. huhuhuhuhu....kenangan yang tidak bisa aku lupakan.
Tetapi, insafnya aku hanya sementara. Aku kembali ke perangai asal. Namun begitu, segalanya berubah dengan tindakan ayah yang menukar sekolah di saat aku menjadi ketua geng. Pada mulanya, aku berkeras tidak mahu bertukar sekolah, Namun sikap tegas ayah memaksa aku menerima seadanya. Akhirnya aku akur dan bertukar sekolah. Di sekolah baharu, segalanya berubah. Aku diberi tanggungjawab untuk menjadi salah seorang pemimpin di asrama dan juga antara orang yang penting di dalam kelas. Akhirnya sikap aku menjadi seorang yang begitu mementingkan disiplin dan cuba menjadi yang terbaik. Dengan berkat doa kedua ibu bapa dan juga guru-guru, aku menjadi antara pelajar terbaik SPM 2005 peringkat sekolah.
Sekarang, bila mengimbas kembali perangai dan sikap aku dahulu, timbul rasa menyesal di dalam hati. Betapa degilnya aku untuk mendengar nasihat guru-guruku dan juga menjadi contoh kepada pelajar lain. penatnya seorang guru itu mendidik seorang pelajar untuk menjadi manusia yang berguna. Pada hari ini, aku pula diuji dengan semua tingkah laku anak muridku. setiap patah perkataan dijadikan gurauan untuk mereka. malah mereka sentiasa menjadi cabaran baru untuk diriku.
Doa aku semoga, segala ilmu yang aku curahkan kepada mereka menjadi manfaat dalam kehidupan.
signture,
....tqa....