Thursday, June 30

lencana oh lencana

oh lencana...
padamu tersemat nama sekolah..
padamu jua tersemat slogan kata...
untuk memberi semangat kepada anak bangsa...
yang sentiasa menjadi cabaran semasa...

oh lencana..
andainya dirimu tidak dihargai...
tercalarlah sebuah memori..
terkenang luka kembali...
anak bangsa lupa diri...

lencana oh lencana..
sinar yang mewarnai dirimu..
semakin kelam dibawah bayu..
semakin hanyut di sungai lui..
entah kemana hilang membisu..

lencana oh lencana..
usah kau bimbang lagi gusar,
masih ada anak didik yang sedar,
bahawa engkaulah semangat membakar,
sentiasa tersemat dihati pelajar....


0 comments:

Post a Comment