Bismillah....
Assalammualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi masih lagi dipinjamkan nafas serta udara utk terus bernyawa di muka bumi ini. Setiap hari tidak pernah terpisah daripada kematian malah tidak juga terpisah daripada kelahiran. Menyebut tentang kelahiran, entry kali ini aku ukirkan utk Atok Adib.
Imbas kembali detik cemas atok ketika SMS memberitahu kakaknya berada di Hospital untuk bersalin. Perasaan yang berbaur risau serta belah bahagi antara tuntutan sebagai seorang mahasiswa dan juga seorang adik dicampak keluar. Begitu resah sekali sehingga sukar untuk dirinya membuat sebarang keputusan. TERIMA KASIH atok kerana menjadikan SAYA tempat utk memikirkan keputusan yang logik dek akal.
"Macam mana nie? Nak balik sekarang kew nk balik lepas kelas?", sms yg aku terima daripadanya. Lantas aku membalas..."Balik la sekarang, kelas tue nti gtaw lec ada masalah keluarga, mesti dia faham". Akhirnya, beliau mengambil keputusan utk melawat kakaknya serta memberi sokongan padu.
Atok tahu kenapa saya beria-ia memberi cadangkan supaya atok melawat kakak ketika di ambang kelahiran anak sulungnya. Semuanya disebabkan cerita seorang kawan...
" Alhamdulillah, bayi seberat 2.8kg dapat diselamatkan". Rasa syukur apabila Yatimi mendengar tentang keadaan bayinya. "tapi dr., bagaimana dengan isteri saya?"..." maafkan kami, kami telah berusaha dengan sedaya upaya, isteri encik tidak dapat diselamatkan". betapa luluh hati Yatimi setelah diberitahu keadaan isterinya.
Inilah kejadian yang menimpa sahabat saya pada hujung tahun lepas. Usianya sama seperti kita berdua (23 tahun) tetapi sudah menjadi duda anak 1 malah yang menyedihkan, isterinya tidak sempat menatap anak mereka. That why, bila Atok bagitahu keadaan kakak, saya syorkan pergi untuk berjumpa kakak...
Bukan niat nak menyedihkan keadaan tetapi bersyukur kerana Kakak dan babynya dalam keadaaan selamat. Tahniah atok kerana dapat naik pangkat kepada uncle adib...hehehehehehehehe
Nak upload pic..tp malam nanti la yew....
p/s : kepada Puteri Ameena Aleesya (betul kew nama nie) selamat datang ke dunia Allah dan menjadi insan yang berguna kepada ibu dan ayah...
signture,
......tqa.....
KASUT CANTIK UNTUK ANAK GIRLZ
4 years ago

0 comments:
Post a Comment