Bismillah...
Assalammualaikum w.b.t...dan salam 1 Malaysia...
Tatkala hujan turun membasahi bumi, aku bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja yang berlambak-lambak di atas meja. Tetiba aku terkesima...Kenapa DIA yang aku pilih?...Benarkah DIA adalah jodoh aku?...Kenapa DIA yang aku selalu rindu?...dan yang paling tak boleh diterima dek akal...kenapa DIA selalu membuat aku geram, marah, merajuk?....SIAPAKAH DIA SEBENARNYA?
Satu masa dahulu, aku hanyalah AJK biasa yang hanya menurut perintah agar menghubungi agensi yang sebenarnya ianya bukan tugas aku... Namun disebabkan rasa amanah yang diberikan oleh orang ATAS, aku menerimanya tugasan itu seadanya. Aku laksanakan sebagaimana yang diperintah lalu aku laporkan kepada ajk yang sepatutnya melakukan tugas itu. Namun aku tidak pernah mengenalinya dengan rapat malah tidak mengetahui siapakah gerangannya?....
Semua perbincangan hanya melalui telefon atau SMS sahaja. Pelik tapi benar...aku menolong orang yang tidak aku mengenalinya...hahaahahahahahaha...
Pertemuan di atur apabila mesyuarat semua AJK program bersama-sama pengarah program bagi mengetahui perkembangan terbaru atau mengesan masalah-masalah yang dihadapi. Perjalanan mesyuarat sampai di pertengahannya, barulah ajk yang aku menolongnya sampai...bermula dengan bertanya...Adib kew?..atiqah kew?...baru la aku dan si dia mengenali antara satu sama lain...
Pada mulanya, tidak pernah terlintas di benak fikiran bahawa beliau akan menjadi TEMAN ISTIMEWA aku...tetapi takdir telah menemukan kami...sentiasa berhubung pada dasarnya atas tujuan kerja. Apabila program yang dirancang sedang berlangsung...hubungan kami semakin akrab. Malah aku telah memberikan kepercayaan ke atas dirinya untuk menjaga diri ini.
Usai program, kami masih berhubung. Aku tidak pernah meletakkan apa-apa dalam hubungan kami. Bagi aku, cukup kami sekadar kawan..namun di atas keprihatinan beliau..aku tewas...
Hubungan kami berlangsung tanpa sesiapa memberitahu bahawa aku miliknya ataupun dia milikku...Namun begitu, aku dan dia memahami sendiri bahawa hati kami sama-sama suka...
Alhamdulillah..hubungan ini masih lagi dalam keadaan baik. Mohon kepadaNya, semog hubungan ini sentiasa baik dijaga dan sentiasa dalam rahmat yang Esa...
Kepada atok,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi Yang terbaik dari yang terbaik...
semoga ukhwah yang kita bina ini akan menjadi SAH suatu saat nati.....
p/s: Saya percayakan awak..n sy sentiasa mendoakan yang terbaik utk diri awak...
signture,
........tqa........
KASUT CANTIK UNTUK ANAK GIRLZ
4 years ago

0 comments:
Post a Comment