Saturday, February 5

bila kaca bertemu.....

Pertama kalinya, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada dia yang telah menarik tanganku ketika hampir kaca bertemu kakiku. Tidak disangka, jalan yang dipenuhi orang ramai, mempunyai pecahan kaca di tengah-tengah. Pada mula kejadian, agak sedikit ralat kerana malu dengan apa yang sedang berlaku. Namun jauh disudut hati berterima kasih pada si Dia yang telah bertindak pantas.

Kisahnya bermula, ketika aku berjalan-jalan di pasar malam untuk mencari sedikit barang basah. Ketika leka melihat gerai-gerai disekelilingku, tiba-tiba tanganku ditarik pantas. Perasaan terkejut menyebabkan aku hilang fokus. Rupa-rupanya aku hampir memijak kaca yang pecah di tengah-tengah jalan. Itulah kisah yang berlaku pada hari ini. Jika Dia tidak segera menarik tanganku, sudah pasti aku sekarang berada di klinik menerima beberapa jahitan akibat kelalaianku sendiri.

0 comments:

Post a Comment