Friday, February 4

Mesir dan ......

Sudah seminggu Mesir dalam keadaan bergolak disebabkan rusuhan yang dilakukan rakyat untuk menjatuhkan Hosni Mubarak. Keadaan yang kucar kacir menyebabkan orang awam dalam ketakutan termasuklah rakyat Malaysia yang berada di sana. Namun begitu, terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang bertindak menghantar pasukan penyelamat di Mesir bagi mengeluarkan hampir 13 ribu rakyat Malaysia di sana termasuklah abg saya.
Di Malaysia pula, KP Jakim menyarankan kepada semua masjid-masjid utama negeri mengadakan solat sunat hajat bagi memudahkan segala urusan dalam misi mengeluarkan rakyat Malaysia.
Dua hari lepas, talian internet disambungkan dan memberi peluang untuk saya menghubungi abg saya. Katanya, keadaan sememangnya membimbangkan, namun begitu jarak rumahnya dengan tempat kejadian mengambil masa 1/2 jam yang membuatkan kami sekeluarga tidak terlalu bimbang. Katanya lagi, beliau sentiasa menunggu arahan daripada kedutaan Malaysia dalam apa jua keadaan bagi menyelamatkan diri.
Harapan saya semoga keadaan di sana dapat berada dalam keadaan terkawal dan misi aman Malaysia berjalan dengan lancar. Begitu juga keadaan rakyat Malaysia terutamanya abg saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

0 comments:

Post a Comment