Wednesday, February 16

perlu ke setiap tindakan disertakan dengan kata-kata?

kekadang terlintas juga difikiran ini. Adakah setiap tindakan kita itu perlu disertai dengan kata-kata?...tapi kalau mulut berat utk berbicara, macam mana?...bukan berat utk menceritakan perkara sebenar tp berat utk mengungkap apa yang terlintas...
namun begitu, segala tindakan mencerminkan perkara yang sebenar...antara faham atau buat-buat tidak faham atau mmg tidak faham....
hakikatnya, ianya mempunyai maksud yang sama...yang sukar diluahkan melalui kata-kata. sememangnya tidak dinafikan bahawasanya lebih jelas menggunakan kata-kata tapi bukan semua perkara perlu menggunakan kata-kata. body language antaranya perantara yang jelas. namun begitu, terpulang kepada masing-masing bagaimana ia mentafsirkannya...

kekadang terlintas juga difikiran ini...adakah tidak jujur apabila tidak berkata-kata?...adakah perlu ada ragu-ragu?...hakikatnya terpulang kepada pentaksiran masing-masing...namun begitu, apabila tidak berkata-kata bukan bererti kita menolak mahupun menerima...bukan bererti tidak jujur...cuma perlukan masa utk mengungkapnya dalam bentuk "perkataan"...

p/s: usah ukur seseorang berdasarkan kata-kata, kerana kata-kata mempunyai pelbagai maksud yang tersirat. malah dengan kata-kata juga boleh menipu diri sendiri...:)

0 comments:

Post a Comment